FAEDAH PERUBATAN SERAI
Serai selalunya digunakan dalam masakan dan rawatan herba di kebanyakan Negara seluruh dunia terutama sekali Asia dan Amerika selatan. Digunakan secara meluas dalam masakan thai dan bahan-bahan serai ini digunakan sebagai teh, makanan dan demah (tuam) Diberi nama lemon grass kerana baunya seperti limau dan rasa seperti daun. Daun serai berupa bilahan panjang yang boleh mencapai lima kaki tingginya.Nama saintifik bagi serai adalah Cymbopogon citratus juga boleh tumbuh dikawasan Australia, Afrika dan Amerika. Namun begitu ia tertumpu lebih kepada kawasan Asia seperti India dan Thailand.
Darah Tinggi
Teh yang dibuat daripada serai juga dikenali sebagai citronella yang sangat semula jadi serta berkesan terhadap kesan anti-inflammatory (radang) dan anti-hypertensive (darah tinggi). Adalah dicadangkan menggunakan daun serai yang paling atas untuk teh tersebut dan bukan bahagian akar atau bebawang yang mana bahagian ini biasanya digunakan untuk masakan.
Penenang
Sekiranya beberapa bahagian daun serai diletakkan didalam air suam atau panas ia akan mengeluarkan sejenis aroma yang akan memberikan kesan penenang, melegakan dan menyamankan. Serai digunakan sebagai bahan aromaterapi dan ia bertujuan menghilangkan stress dan memberi kesan yang melegakan. Ia juga dapat menghilangkan sakit kepala, menurunkan tekanan darah dan mendatangkan ketenangan.
Antioksidan
Institut Makanan dan Penyelidikkan Nutrisi Jabatan Sains dan Teknologi telah mendapati bahawa serai mempunyai kesan antioksidan yang mana ini boleh mencegah penyakit kanser. Ditemukan juga ia sebagai rawatan terhadap jangkitan mata yang berkaitan dengan rasa pedih dan pandangan kabur. Didapati dapat bertindak sebagai antiseptik, anxiolytic dan mengandungi sifat anti-fungal (kulat) serta antibakteria. Serai juga digunakan sebagai rawatan terhadap muntah-muntah, sukar tidur (insomnia) dan demam.
Antitoksin
Serai yang dibuat the atau dicampur didalam makanan boleh memberi kesan mencuci hati (liver), buah pinggang (kidney), pundi kencing (bladder), pancrease dan system gastro usus. Serai telah lama diketahui memberi manfaat kepada system penghadaman dan memperbaiki aliran darah dan meransang proses penghadaman.Ia mengurangkan paras kolestrol, paras uric acid (penyebab gout) dan kelebihan lemak dalam badan. Ia juga dikenali dapat membantu mengurangkan masalah kurang hadam dan perut meragam selepas makan (dyspepsia).
Sumber rujukan:
1. Medical dictionary
2. Medical Benefit of Lemon Grass
KEBAIKAN SERAI
Serai digunakan seluruh dunia untuk pelbagai sebab. Ia memberi rasa yang istimewa dalam masakan thai dan masakan Asia yang lain. Ia juga dipercayai dapat memberi kesan perubatan. Serai boleh ditemui di kawasan India,Selatan Asia, dan United State serta Amerika Tengah.Serai adalah pohon yang berdaun panjang yang mempunyai batang yang tebal dibahagian pangkal yang berupa bebawang.
Kegunaan Masakan
Serai banyak ditemui dalam masakan Asia Polynesian dan India.Rasanya seperti limau dicampur dengan santan akan memberi rasa lazat terhadap masakan makanan laut dan ayam. Bebawangnya juga boleh direbus dan digunakan sebagai rempah.
Teh
Teh boleh dibuat daripada batang serai dan digunakan untuk membantu masalah penghadaman, sakit kepala dan beberapa jangkitan kuman. Ia membantu dalam masalah paru-paru dan memberi sedikit kesan sedatif.
Bentuk Kapsul
Jika diambil dalam bentuk kapsul serai ia memberi kesan menguatkan dan memperbaiki tisu perantara dan ligamen. Ia juga memberi kesan yang baik bila diambil sebagai anti-inflammatory.
Penghalau Serangga
Serai mempunyai bau limau yang kuat yang boleh menghalau serangga termasuk nyamuk, lalatdan kutu atau hama. Ia digunakan dalam bentuk lilin, minyak atau sebagai losyen untuk memenuhi keperluan tersebut.
Rawatan lepas bersalin.
Daun serai dan bebawangnya dibuat sebagai sebahagian ramuan dalam ubat rebus untuk bertangas bagi menguruskan badan, membuang lemak, membaiki tisu-tisu , saraf dan salur darah yang rosak semasa bersalin. Ia memberi kesan menghangatkan badan dengan meningkatkan aliran darah serta memperbaiki sistem imun badan, memperbaiki daya ingatan dan menyembuhkan luka.
Sumber rujukan:
1. Essential Oils Desk Reference, Young Living Oils, 2001
2. Lemon Grass and its Uses